SEJARAH RINGKAS

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MENGKARAK

Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak terletak di Kampung Mengkarak berhampiran dengan jalanraya yang menghubungi Pahang Selatan dengan negeri-negeri di sebelah selatan Semenanjung Malaysia. Jarak sekolah ini dari bandar Temerloh kira-kira 22km manakala dari pekan Triang pula ialah 12km.

Sebelum tertubuhnya sekolah-sekolah menengah di Gugusan Bera dan Mendi, sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang pertama di Pahang Selatan. Sekolah ini berasal dari sekolah lanjutan yang ditubuhkan dalam tahun 1962. Tetapi ia ditutup pada tahun 1964 kerana sistem persekolahan lanjutan menengah telah ditamatkan. Atas desakan dan kesedaran pihak-pihak tertentu, tertubuhlah Sek. Men. Ren. Keb. Mengkarak pada tahun 1965. Dengan tertubuhnya sekolah ini, ia dapat menampung pelajar-pelajar yang tamat darjah 6 dari sekolah-sekolah sekitar Gugusan Felda Bera dan Mendi.

Tahun 1967 merupakan tahun pertama sekolah ini mengemukakan calon bagi peperiksaan S.R.P. Bagi yang berjaya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4, terpaksa berhijrah ke sekolah-sekolah di Temerloh dan sekolah-sekolah pilihan yang lain.

Lantaran prestasi akademik yang semakin meningkat, maka pada tahun 1976, kelas tingkatan 4 Sastera mula ditubuhkan dan calon pertama Sijil Pelajaran Malaysia sekolah ini menduduki peperiksaan di sekolah ini

Tahun demi tahun bilangan pelajarnya semakin meningkat dan sekolah ini telah dinaikkan tarafnya ke gred B. Dalam mesa yang sama beberapa buah sekolah telah didirikan di Gugusan Bera dan Mendi. Mulai 1983 sekolah ini telah mewujudkan kelas peralihan untuk menampung pelajar dari SRJK Cina dan Tamil dari kampung Baru Mengkarak dengan ini pelajar-pelajar sekolah ini bertambah bilangannya dan bukan terdiri dari kaum Melayu dan Orang Asli sahaja.

Pada tahun 1986, sekali lagi sekolah ini menempa era baru apabila berjaya mewujudkan tingkatan 4 Sains hasil usaha beberapa orang guru. Dengan kemudahan makmal yang mencukupi masalah pemindahan pelajar aliran Sains dapat diatasi.

Back